FOLLOW ME

Sunday, January 01, 2012

Apa itu KSSR??

Sebab anak nak memulakan alam persekolahan aku pun tertarik utk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu KSSR yg mula diperkenalkan tahun 2011. So anak aku setat sekolah tahun 2012 kira generasi ke-2 menggunakan kaedah KSSR ini...

KSSR tu apa... nama penuhnya adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KSSR akan menggunakan konsep 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Mena’akul (betul ke ejaan nie). Mena’akul pula membantu kita dalam membuat pertimbangan secara logik. Dengan kata lain mengajar kita mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang positif dan mana yang negatif supaya kita dapat tahu perbezaan antara dua itu. Penambahan satu konsep ini lagi amat bagus kerana anak2 ni memang patut diajar perbezaan kedua-dua itu supaya mereka dapat melindungi diri mereka.

Mengapa Standard?
  • Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
  • Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
  • Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
  • Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
  • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

Itu serba sedikit la yg aku dapat hasil pencarian Mr Gugel....

Atau boleh aje tanya2 kat parents yg dah melaluinya tahun 2011...

So yg aku faham melalui sistem KSSR ini takde peperiksaan yang akan dilalui tetapi mereka akan tetap dinilai oleh guru mereka. Jadi aku berpendapat, sebagai ibubapa, aku harus mengambil langkah lebih depan dari guru anak aku tu. Jika esok anak aku nak belajar subjek A dengan tajuk A, aku harus memastikan hari ini anak aku dah faham tentangnya. Iye nampaknya makpak kena lebih advance dari guru2.... :-D

Ini kerana boleh dikatakan anak2 yang terlibat dengan sistem ini tidak tahu sama sekali bilakah mereka akan dinilai oleh guru mereka. Sekarang dah masuk era KSSR.. zaman kita kecik2 dulu KBSR... nak pekse dah dibekalkan jadual bila nak pekse... dan kepada ibu ibu dan bapa bapa yang anaknya nak masuk dajah 1 tu jgn tekejut kalau tanya anak2 bila periksa diorang jawab TAK TAHU... kalau ikut style KSSR ni mmg budak2 ni takde exam.. kalau difikirkan macam sronot takde exam kan.... tapi penin gak dok fikir cemana la tahap anak aku ni kan..... tp cikgu pun mesti TAK BRAPA nak sronot sbb lebih senang tanda kertas exam dari dok menilai BAND manalah nak letak utk setiap murid ni..... huhuuu...

Maka pada pendapatan aku hat makpak kena advance tu tentunya makpak juga kena ada buku rujukan utk membantu anak2... dan anak2 perlukan buku latihan utk memantapkan pemahamannya... takde lah makpak hanya harapkan cikgu mengajar je 100%... huh terasa sungguh mencabar utk menerima sistem KSSR ini.... terasa agak menyeramkan juga kalau tak tahu bila cikgu akan menilai anak aku tu dan kaedah penilaiannya bagaimana.... dan kalau cikgu dah letakkan band kat anak aku tu, betul ke..... waduh sgt gusar hati ini memikirkannya..... dan makpak kenalah 'lebih dekat' dengan cikgu..... nampaknya tak bleh memandai2 nak ponteng sekolah kan?

Okeh jom ler makpak yg macam aku ni... yg anak baru nak darjah 1 ni.. sama2 lah kite melalui sistem KSSR ni... aku takde anak2 sebelum2 ni yg guna sistem KBSR so tak dapat nak bezakan... cuma berdasarkan zaman aku belajar dulu2 jer....

Bebudak sekarang makin mencabar..... dan cabaran buat makpak.... ;-P



0 979 kengkawan ngomel: